Thursday, April 2, 2009

mee sizzling feveret hubbyku~

baru jer cakap pasal topik romantik kat previouse entry .. trus jer husbenku jadi romantik .. adekah die bacer blog aku??? raser nyer tak mungkin.. sbb die bkn duk opis pon.. tenet pon takde.. kat umah tk tau lar pulak .. hurmm.. tk mungkin .. kebetulan jer kot!

2 3 ari nie .. salu tolong masak2 kat dapur same2 ... aritu husben nak makan mee sizzling .. pastuh kitorang carik lar resepi kat mesra.net

mlm tuh jugak g bli bahan bahan kat econsave balakong .. 15 menet jer dari umah aku..

balik umah men masak2 .. uuuu sonok nyer raser ..

Resepi Mee Sizzling

Bahan-bahan:

1 peket yee mee/mee kuning (dicelur)
½ kilo daging ayam (dipotong kecil-kecil)
10 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
3 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (diracik)

300 gm sawi(dipotong dan dicelur)
1 biji keret (carrot)
4 sudu kicap cair
5 sudu kicap manis
5 - 7 sudu sos tiram
2 cawan air
2 - 3 biji telur ayam
1 sudu tepung jagung
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.
3. Masukkan kicap cair, kicap manis, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan dan keret.
4. Masukkan air dan tepung jagung yg telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
6. Siramkan masakkan tadi ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

Cadangan Hiasan:

Hendaklah dimakan semasa panas-panas. Sedap dimakan bersama cili api yang dipotong kecil yang direndamkan bersama kicap cair yang diperah limau nipis. Selamat mencuba.

***********************************************************************************

Senang jer nak wat mee nie.. jangan letak garam sbb sos tiram dah masin .. letak banyak sket air sbb kuah dier nnty makin lamer makin pekat.. husben pon boleh masak .. huhu

No comments:

................ percobaan pertama ................

~coba kau lihat .:.
coba kau coba .:. renung ke mata aku .:. bila ku kaku melihat mu .:. dan bila kau perlu .:. setiaku menunggu .:. agar senang kau merasa ~